Jenis pekerjaan yang ditawarkan dari masa ke semasa adalah seperti berikut: Spesifikasi kerja dan spesifikasi personel akan dimaklumkan melalui iklan yang disiarkan di ruangan PELUANG PEKERJAAN. Bagi semua pemohon, anda dikehendaki mempunyai lesen memandu kelas B2 atau D (mengikut kesesuaian kerja) dan sijil kemahiran menggunakan aplikasi komputer iaitu MS Word dan MS Excel. AKSB akan mengiklankan jawatan-jawatan kosong dari masa ke semasa dalam laman web ini. Lihat PELUANG PEKERJAAN. Menulis surat permohonan, biasanya terdiri dari dua bahagian iaitu melalui: Surat Pemohonan Ialah cara profesional untuk memperkenalkan diri anda dan ianya mestilah: Resume Merupakan bahagian penting sesuatu permohonan pekerjaan dan ianya mestilah ditaip dengan baik di atas kertas putih kosong saiz A4, tidak melebihi 2-3 mukasurat, ringkas, kemas serta tanpa kesilapan ejaan dan tatabahasa. Kandungan resume adalah seperti berikut: BUTIR-BUTIR PERIBADI : bahagian pertama resume hendaklah menyatakan nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan MAKLUMAT PENDIDIKAN : senaraikan kelulusan, bidang pengajian, projek penyelidikan atau tesis dan Universiti/Kolej/Sekolah yang dihadiri termasuk tarikh-tarikh berkenaan MAKLUMAT PEKERJAAN : Semua Pengalaman kerja termasuklah latihan ilmiah yang disediakan oleh sekolah atau kerja musim cuti. Jangan biarkan tempoh yang panjang yang tidak diambilkira. Nyatakan nama dan alamat majikan KEMAHIRAN : beri keterangan lanjut mengenai kemahiran yang anda miliki LAIN-LAIN MAKLUMAT : nyatakan sekiranya anda adalah ahli sesuatu badan profesional, sukan atau badan amal RUJUKAN : beri nama, alamat dan nombor telefon dua orang yang boleh dibuat rujukan mengenai diri anda Sekiranya anda memenuhi keprluan minimum, anda akan dipanggil untuk ditemuduga. Sebelum ditemuduga, anda perlu hadir sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa yang dinyatakan. Pakaian hendaklah kemas. Anda hendaklah mengambil tindakan berikut:- Pastikan anda: Bagi semua jawatan, anda diwajibkan menduduki ujian menggunakan MS Word dan MS Excel Bagi jawatan peringkat Ijazah dan Diploma, ujian bertulis spesifik kepada setiap jawatan akan diadakan. Ianya dalam lingkungan 30 minit hingga 1 jam bergantung kepada jawatan yang dipohon. Ujian-ujian ini amatlah penting untuk anda membuat persediaan rapi. Bagi mereka yang berjaya akan dimaklumkan tentang keputusan temuduga dalam masa terdekat. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di alamat dan nombor telefon berikut PELUANG PEKERJAAN
Kami menjemput calon-calon yang berdedikasi tinggi dan berkelayakan untuk menyertai syarikat kami bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
AKAUNTAN
Spesifikasi Tugas
Menjayakan tugas-tugas berkaitan penyediaan akaun lengkap, rekod aset dan penyediaan akaun yang diaudit.
Spesifikasi Personel
Ø Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau yang setaraf dengannya dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
Ø Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang perkaunan.
Ø Berpengetahuan dalam pengurusan sistem perakaunan dan analisis kos dan kewangan.
Ø Memiliki kualiti diri dan ciri-ciri kepimpinan cemerlang.
Ø Berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia Ø Berpengalaman dalam penggunaan “SAP Business One”
Ø Sanggup mempelajari bidang-bidang lain dan bersedia menghadapi saingan.
Ø Penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang sangat baik.
KERANI AKAUN
Spesifikasi Tugas
Tugas-tugas meliputi kerja-kerja berkaitan dengan penyediaan arahan pemindahan dan penyesuaian akaun kutipan hasil.
Spesifikasi Personel
Ø Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) sekurang-kurangnya kredit dalam matapelajaran Matematik, Perakaunan, Simpan Kira atau setaraf dengannya.
Ø Memiliki Sijil Kemahiran dalam bidang Perakaunan/ Simpan Kira (LCCI) dari Politeknik atau setaraf dengannya .
Ø Berpengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam bidang berkaitan.
Ø Mempunyai kualiti diri dan sifat peribadi yang baik, jujur dan amanah.
Ø Berumur di antara 20 hingga 35 tahun.
Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan yang lengkap termasuk resume, menyatakan gaji sekarang dan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport, nombor telefon serta salinan sijil-sijil. Kesemua dokumen hendaklah sampai ke alamat di bawah :
Tarikh Tutup : 25 Julai 2009 Hanya calon-calon disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga
Pekerjaan Yang Ditawarkan
Peringkat Separa Mahir dan Perkeranian (SPM dan sijil kemahiran)
Peringkat Diploma/ Ijazah
Iklan
Bagaimana Memohon
Penyenaraian Pendek
Mengisi Borang Permohonan
Menduduki Ujian Bertulis
Semasa Temuduga
Selepas Temuduga
JOB VACANCIES AT AIR KELANTAN
Friday, July 24, 2009
Jabatan Sumber Manusia & Sistem Teknologi Maklumat
Air Kelantan Sdn Bhd
Tingkat 5, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Lot 2 & 257, Jalan Kuala Krai
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Telefon : 09-7437777 Faks : 09-7472030 E-mail : jsm@airkelantan.com.my
Ketua Jabatan Sumber Manusia
Air Kelantan Sdn. Bhd
Jalan Kuala Krai
15100 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Tel : 09-7437777
Faks : 09-7472030
